Friday, 6 July 2012
KHASIAT MADU
KHASIAT MADU
Madu berperanan sebagai antioxida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, gastrik, buasir, batu karang, buah pinggang, sakit puan, keputihan, senggugut, asthma, kemandulan, mati pucuk, kanser, jantung dan pelbagai penyakit lain.
PENEMUAN
World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).
MADU
Madu mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnisium, manganese, phosporus, potassium, sodium dan zink. Madu juga kaya dengan vitamin B1, B5, dan C.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment