Tahukah Anda...?
- Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.
- Selain berguna dan bermanfaat kepada beberapa penyakit walnut juga baik untuk menghindari penyakit barah, menurunkan paras darah tinggi,
- baik untuk golongan diabetes, melindungi arteri dan menguatkan tulang.
- walnut mengandungi omega-3 yang boleh membantu menguatkan tulang.
- Bagi yang ingin menurunkan berat badan bolehlah makan walnut berbanding kekacang lain.
- Pokok walnut dipercayai ditanam seribu tahun lalu dan mempunyai bermacam-macam jenis pokok bergantung tempat asal ia ditanam. Bangsa Roman mula memperkenalkan pokok walnut di seluruh Eropah dan ia banyak ditanam sehingga sekarang ini. Walnut pernah menjadi makanan utama bagi kaum Red Indian Amerika dan juga kolonial yang mula-mula menjelajah dan membuka negara Amerika Syarikat. Sekarang ini walnut ditanam secara komersil di Amerika Syarikat, Turki, China, Iran, Perancis dan Romania
No comments:
Post a Comment